
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

JABATAN PERTANIAN
Pengenalan
Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP) ditubuhkan pada tahun 1974 di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974. LRMP berfungsi sebagai agensi regulatori, kawal selia dan penguatkuasaan berkaitan racun makhluk perosak di Malaysia.
Dalam usaha untuk menambahbaik penyampaian perkhidmatan pelesenan racun makhluk perosak secara lebih efektif dan sistematik, LRMP telah membangunkan sebuah sistem yang diberi nama e-Lesen LRMP. Sistem e-Lesen LRMP mempunyai beberapa elemen pendigitalan iaitu permohonan, pembaharuan, semakan status lesen, bayaran, kursus dan cetakan lesen secara dalam talian.
Pengguna
Permohonan Bulan Ini
Permohonan Tahun Ini
Diluluskan

Objektif
Objektif e-LESEN LRMP
- Memastikan semua aktiviti racun makhluk peosak dilesenkan untuk tujuan pengawalan dan pematuhan syarat.
- Memproses permohonan mana-mana orang yang berniat untuk memohon satu lesen racun makhluk perosak dalam talian.
- Memastikan pematuhan syarat pelesenan bagi menjamin kualiti perkhidmatan yang disediakan.
- Merancang dan mengawal semua aktiviti pelesenan bagi mencapai tahap pengurusan yang cekap dan berkualiti.
- Menyokong usaha kerajaan dalam melaksanakan strategi agenda digitalisasi.

Piagam Pelanggan
Kami berjanji menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti sebagai sumbangan untuk membina bangsa Malaysia yang bermaklumat, proaktif dan berdaya saing.
- 14 Hari : Lesen PCO
- 10 Hari : Lesen APAL
- 10 Hari : Lesen PAL
- 15 Hari : Lesen Penjualan Dan Penyimpanan Untuk Jualan
- 3 Hari : Surat Kebenaran HTP