• SIAPA YANG PERLU MEMOHON LESEN MENGILANG RACUN MAKHLUK PEROSAK?

    1. Pendaftar atau orang yang racun makhluk perosak didaftarkan atas permohonanya;
    2. Mengilang di bawah perjanjian (Pengilang Kontrak)

  • TUJUAN PELESENAN

    1. Bagi memastikan bahawa semua racun makhluk perosak yang dikilangkan dalam keadaan teratur, bagi meminimumkan penyalahgunaan dan pencemaran dari tumpahan yang boleh memudaratkan manusia, binatang dan alam sekitar;
    2. Bagi memastikan hanya racun makhluk perosak yang berdaftar sahaja dikilangkan di Malaysia; dan
    3. Bagi membolehkan pengawasan dibuat ke atas pengilangan racun makhluk perosak

  • PERUNDANGAN

    1. Akta Racun Makhluk Perosak 1974
    2. Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pelesenan Bagi Pengilangan) Pindaan 2019

  • JENIS-JENIS AKIVITI PENGILANGAN RMP YANG MEMERLUKAN LESEN

    Mengilang racun makhluk perosak adalah melibatkan kesemua atau salah satu aktiviti berikut:

    1. Menyediakan
    2. Mensebatikan
    3. Merumus
    4. Mencampurkan
    5. Membuat
    6. Membungkus
    7. Membungkus semula
    8. Melabel
    9. Mengawet

  • KADAR FI

    1. Permohonan baharu / Membaharui : RM 100.00
    2. Salinan lesen hilang : RM100.00
    3. Salinan lesen rosak / cacat : RM 50.00

  • TEMPOH SAH LAKU LESEN

    3 tahun