-
SIAPA YANG PERLU MEMOHON LESEN?
- Peperiksaan Pemakai dan Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak (PA & APA)
Mana-mana orang yang berniat untuk memohon bagi sesuatu lesen pemakai racun makhluk perosak; atau lesen pembantu pemakai racun makhluk perosak. - Pengendali Kawalan Makhluk Perosak (PCO)
Seseorang yang mengendalikan atau menguruskan suatu syarikat atau perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak yang terlibat dalam menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak ke atas orang lain bagi upah. - Pemakai Racun Makhluk Perosak
Seseorang yang menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak , atau menyelia, sama ada dengan sendirinya atau selainnya, penjalanan pengendalian kawalan makhluk perosak oleh seorang pembantu pemakai racun makhluk perosak berlesen. - Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak
Seseorang yang menjalankan tugas kawalan makhluk perosak yang utama dibawah penyeliaan sendiri, atau tugas kawalan makhluk perosak yang kecil di bawah penyeliaan seorang pemakai racun makhluk perosak berlesen.
- Peperiksaan Pemakai dan Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak (PA & APA)
-
TUJUAN PELESENAN
Mengawal operator/pengendali kawalan makhluk perosak dalam memberikan perkhidmatan kepada harta awam, orang awam, dan alam sekitar.
-
PERUNDANGAN
- Akta Racun Makhluk Perosak 1974
- Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pengendali Kawalan Makhluk Perosak) 2004
-
JENIS-JENIS LESEN
- Lesen Pengendali Kawalan Makhluk Perosak (PCO)
- Lesen Pemakai Racun Makhluk Perosak (PAL)
- Lesen Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak (APAL)
-
KADAR FI
- Peperiksaan
PA : RM 150.00
APA : RM 100.00 - PCO
Baharu / Membaharui: RM 400.00
Tambahan bayaran tamat tempoh : 50% (RM 200.00)
Pindaan : RM 20.00 - PAL
Baharu / Membaharui : RM 150.00
Tambahan bayaran tamat tempoh : 50% (RM 75.00)
Pindaan : RM 20.00 - APAL
Baharu / Membaharui : RM 75.00
Tambahan bayaran tamat tempoh : 50% (RM 32.50)
Pindaan : RM 20.00
- Peperiksaan
-
TEMPOH SAH LAKU LESEN
2 tahun