-
SIAPA YANG PERLU MEMOHON LESEN?
Sesiapa yang ingin menjual atau menyimpan racun makhluk perosak dengan tujuan menjual.
-
TUJUAN PELESENAN
- Bagi memastikan bahawa semua racun makhluk perosak yang dijual, dipamer dan disimpan untuk dijual dalam keadaan teratur, bagi meminimumkan penyalahgunaan dan pencemaran dari tumpahan yang boleh memudaratkan manusia, binatang dan alam sekitar;
- Bagi memastikan hanya racun makhluk perosak yang berdaftar sahaja dijual atau disimpan dipremis yang dilesenkan; dan
- Bagi membolehkan pengawasan dibuat ke atas penjualan dan pelupusan racun makhluk perosak.
-
PERUNDANGAN
- Akta Racun Makhluk Perosak 1974
- Kaedah-Kaedah Racun Makhluk Perosak (Pelesenan Bagi Penjualan Dan Penyimpanan Untuk Penjualan) 2007
-
JENIS-JENIS LESEN
- Lesen untuk menjual RMP (Kategori J)
- Lesen untuk menjual RMP (Kategori SJ)
- Lesen untuk menyimpan RMP untuk dijual (Kategori S)
-
KADAR FI
- Semua Kelas (1a, 1b, II, III dan IV): RM 750.00
- 1a, 1b : RM 500.00
- II, III dan IV : RM 250.00
-
TEMPOH SAH LAKU LESEN
3 tahun