-
APA ITU RACUN PEROSAK AMAT BERBISA (HTP) ATAU TERHAD?
Mana-mana perawis aktif yang telah disenaraikan di bawah Peraturan-Peraturan Racun Makhluk Perosak (Racun Makhluk Perosak Amat Berbisa) 1996 dan melalui Surat Pekeliling Lembaga Racun Makhluk Perosak.
-
SIAPA YANG PERLU MEMOHON SURAT KEBENARAN PEMBELIAN HTP ATAU TERHAD?
Sesiapa yang ingin menggunakan racun makhluk perosak amat berbisa atau terhad. Racun makhluk perosak amat berbisa atau terhad tidak boleh dijual kepada orang yang tidak memperolehi surat kebenaran pembelian.
-
PERUNDANGAN
- Akta Racun Makhluk Perosak 1974
- Peraturan-Peraturan Racun Makhluk Perosak (Racun Makhluk Perosak Amat Berbisa) 1996
-
JENIS-JENIS SURAT KEBENARAN
- Surat Kebenaran Pembelian Guna Ladang
- Surat Kebenaran Pembelian Tambah Stok
-
KADAR FI
Tiada Bayaran dikenakan.
-
TEMPOH SAH LAKU
21 hari dari tarikh surat kebenaran pembelian dikeluarkan.